Tuesday 18 December 2012

DIALAH LELAKI KACAK YANG DICARI...

Assalamualaikum..

wahh kali aku ckp pasl lelaki..blink2..nak kwin ek..kui3..smua org nak kwin lor...tapi kali ni aku nak celoteh psl lelaki kacak akann menemani kita smpai kita smpai ke syurga..best kan..tp tuk dpt lelaki kacak ni kita kne la brusaha wahai perempuan2 mahupun lelaki2 di luar sana..bukan senang nak maintain tapi insya-Allah tak mustahil..siapkah lelaki ni? semua org boleh dpt ke?smapai ke syurga tu...saham tngii sgt kan..ermm..klo kita duk muhasabah diri tanpa usaha dan istiqamah memang la susah..tp tak mustahil..sebab...JANJI ALLAH ADALAH BENAR!!! ok jom baca kat bawah ni..mana tau selepas membaca ni korang dapat 1 rasa di dalam diri untuk berubah ke arah kebaikan..insya-Allah...


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. 


Tapi lelaki kacak berkata "Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga."

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,

"Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih."

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :"Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat."


Hadis ini menarik dan aku nak share sama2..kadang2 kita manusia lupa boleh dikatakan sentiasa ada sifat pelupa lebih2 lagi di zaman kemajuan di mana kita sentiasa mengerja kejayaan hidup..bila membaca hadis ini aku muhasabah diri tidak rugi masa sedikitpun untuk kita membaca Al-Quran 15-30 min setiap hari..sebelum tido ataupun lepas solat. penat bekerja, balik nak rest..tapi perlu diinagat bukan sahaja jasad inginkan rehat secukupnya tapi rohani jugak turut memberontak meminta hak2 ketenangannya..sebagai manusia yang ingin kejayaan kita perlu lah balance di antara dunia dan akhirat..sedang diri kita sudah tahu dan yakin mati itu pasti. bila kita akan dijemput Allahualam..doa aku agar kita semua dijemput dalam keadaan sempurna iman dan amal..bukan dijemput semasa kita di tempat2 tak sepatutnya..nauzubillah..aku pun bkan la baik dan sempurna, dengan perkongsian ini aku muhasabah diri sendiri sesungguhnya aku masih jahil dan masih banyak perlu belajar..


Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke.


Mari kita berusaha bersama-sama menjadi y lebih baik dari masa ke semasa..insya-Allah..assalamualaikum..

1 comment: